DENTIST

DENTIST

Friday 17 January 2014


APA ITU SCALING (RAWATAN PENCUCIAN GIGI)


Mungkin ramai yang terkeliru dengan maksud rawatan pencucian gigi. Ada yang ingat jika gigi mereka kuning, selepas dicuci, gigi akan menjadi putih. Sebenarnya tidak. Rawatan pencucian gigi adalah bertujuan untuk membuang karang gigi, plak-plak yang melekat pada permukaan gigi dan juga boleh membuang stain (tanda kotor) pada gigi disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan sebagainya. Gigi yang semulajadi kuning tidak boleh diputihkan dengan cara ini. Kekerapan rawatan pencucian ini bergantung kepada individu.

KEKERAPAN :-

Setiap bulan - individu yang kuat merokok sehingga banyak stain pada gigi.

3 bulan sekali - individu yang mempunyai masalah tulang dan gusi.

6 bulan sekali - kebiasaan individu.

setahun sekali - individu yang pandai menjaga gigi dan gigi jarang bermasalah.

Ada yang berpendapat yang pencucian gigi yang kerap akan menyebabkan gigi menjadi terhakis atau nipis. Sebenarnya tanggapan ini tidak tepat. Mata penvcuci gigi itu tidaklah tajam. Ia membuang karang gigi secara getaran. Jadi selalunya semasa mencuci gigi, gigi akan terasa ngilu ( banyak air yang dikeluarkan oleh mata pencuci) dan kerana getaran pada permukaan gigi terutamanya kepada permukaan akar gigi yang telah terdedah akibat penurunan gusi. Jika gigi anda sihat, gusi sihat, maka proses pembersihan gigi tidaklah sakit. Kebanyakan karang gigi suka berkumpul di leher gigi dan juga dicelah gusi, jadi semasa proses pembuangan itu anda akan berasa tidak selesa kerana hujung mata pencuci gigi itu terasa seperti menyucuk gusi anda. Sekiranya anda kerap datang untuk mencuci gigi, maka karang gigi akan kurang terbentuk dan tidak susah untutk membuangnya., jadi proses pencucian gigi akan menjadi selesa.

Kebanyakan orang takut untuk membuat rawatan pencucian gigi ini kerana mereka takut sakit. Sekiranya anda tidak tahan ngilu, anda boleh meminta agar doktor membius ataupun menyapu ubat untuk menghilangkan rasa ngilu (tidak semua klinik ada ubat sapu untuk menghilangkan rasa ngilu). Jika tidak mahu di cucuk atau ubat sapu, anda boleh memimnta agar doktor itu berhenti sekiranya anda tidak tahan. Jangan diam saja kerana doktor tidak akan berhenti jika pesakit tidak menyuruhnya berhenti.

Anda juga tidak perlu takut sekiranya gusi anda berdarah2 dan nampak seperti luka selepas pencucian gigi. Anda juga akan berasa satu kelainan sekiranya anda sentuh permukaan belakang gigi dengan lidah. Kadang kala seperti berlubang-lubang. Semua ini adalah normal. Karang gigi akan menyebabkan gusi senang berdarah. sebab itu semasa memberus gigi, gusi anda berdarah dan kalau gusi yg sudah dijangkiti kuman dengan teruk, gusi akan berdarah walaupun tidak disentuh. Penyakit itu di panggil ginggivitis. Ia boleh diubati dengan cara pemberusan gigfi dengan betul dan juga rawatan pencucian gigi. Semasa banyak karang melekat pada bahagian belakang gigi bawah, anda akan terasa licin sahaja dikawasan itu. sebab itulah bila karang sudah dibuang, anda akan merasa lekuk2 gigi dan terasa seperti gigi berlubang. Jadi, janganlah takut ye. . Semua itu normal saja. Kadangkala gigi akan terasa lebih bergoyang lagi selepas pencucian. Bukan disebabkan doktor itu, atau mata pencuci, tetapi sebab karang gigi ayang terlampau banyak di belakang gigi menyebabkan ia kurang bergoyang. Bila susah dib ersihkan terasa lebih bergoyang pula gigi2 tersebut.

Dengan pencucian gigi yang kerap (normal 6 bulan sekali), pembersihan gigi yang betul di rumah, insyaALLAH gigi anda akan bebas dari masalah dan tahan sampai bila-bila. Diharap anda tidak takut untuk datang ke klinik untuk mencuci gigi selepas ini.
WAKTU RAWATAN

ISNIN - KHAMIS : 9.00 AM - 1.00 PM
                                   3.00 PM - 7.00 PM

JUMAAT               : 9.00 AM - 12.00 PM
                                   3.00 PM - 7.00 PM

SABTU                  : 9.00 AM - 1.00 PM

AHAD & CUTI UMUM SELANGOR  (TUTUP)


Thursday 16 January 2014

WARGA KERJA
KLINIK PERGIGIAN MESRA


DR. ASMA FAIZ BIN MOHD SALEH
B.D.S (Universiti Malaya)




PEMBANTU KLINIK 1

NOR AZURA BINTI ABD RAZAK

PEMBANTU KLINIK 2

(KOSONG)